Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan beberapa informasi penduduk setempat, pada zaman dahulu terdapat sebuah jambatan kecil yang menghubungkan dua buah kampung iaitu Kampung Gong Chokah dan Kampung Sungai Petai (kini). Di mana terdapat beberapa batang pokok petai yang tumbuh dan berbuah lebat di seberang sungai tersebut. Sekiranya penduduk ingin ke kampung sebelah, pokok-pokok petai di seberang sungai itu dijadikan tanda utama kampung tersebut. Sejak daripada itu, kampung seberang sungai tersebut dikenali sebagai Kampung Sungai Petai.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER “PRAY FOR PANTAI TIMUR”

27 Disember 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 27 oktober 2014 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan mencipta poster "Pray for Pantai Timur". Para peserta adalah terdiri daripada pelajar dari sekolah berhampiran...baca selanjutnya

PERTANDINGAN FAST TYPING MENGGUNAKAN KOD JARI

27 November 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 27 oktober 2014 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Fast Typing menggunakan Kod Jari. Pertandingan dimulakan pada jam 2.00 petang. Para peserta adalah terbuka kepada semua para peserta dari pelajar sekolah berhampiran...baca selanjutnya

PERTANDINGAN LETTER WRITING SEMPENA AWAL MUHARRAM

28 Oktober 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 28 oktober 2014 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Letter Writing Sempena Awal Muharram. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaaan Sungai Petai...baca selanjutnya

PERTANDINGAN FAST TYPING

25 September 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 25 september 2014 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Fast Typing. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaaan Sungai Petai.Program ini dijalankan untuk menjalinkan hubungan erat sesama ahli dalam komuniti & kakitangan PI1M...baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PI1M SG.PETAI

22 Ogos 2014 | Aktiviti Terkini

Semperna bulan perayaan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 22 ogos 2014.Program ini dijalankan untuk menjalinkan hubungan erat sesama ahli dalam komuniti & kakitangan PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KAD RAYA ONLINE

12 Julai 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 12 julai 2014 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan kad raya online. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaaan Sungai Petai...baca selanjutnya

LATIHAN KEUSAHAWANAN SECARA PERCUMA

02 Julai 2014 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1Malaysia Sungai Petai bakal mengadakan Latihan Keusahawanan secara PERCUMA kepada komuniti setempat. Para usahawan dan bakal usahawan adalah dipelawa untuk mengikuti kursus latihan ini yang diadakan selama dua hari bertempat di PI1M Sungai Petai. Banyak modul menarik disediakan. Sila dapatkan maklumat lanjut berkaitan Latihan Keusahawanan ini di PI1M Sungai Petai...baca selanjutnya

kempen klik dengan bijak (kdb) 2014

01 Jun 2014 | Aktiviti Terkini

Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan program yang direka untuk memupuk budaya penggunaan internet secara positif yang berteraskan Rukun Negara. Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga. Jom daftarkan diri anda di PI1M Sungai Petai untuk mengikuti Kempem Klik Dengan Bijak ini...baca selanjutnya

majlis perasmian pi1m sungai petai

17 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh merangkap ADUN Semerak, YB Zawawi Hj Othman telah merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Sungai Petai pada 17 Mei 2014 yang lalu. Bersempena dengan majlis perasmian ini, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Match Quiz, Jigsaw Puzzle, Fast Typing, Crossword, Online Coloring Contest, Fun Corner, Live Streaming, Sukaneka dan banyak lagi...baca selanjutnya

Majlis perasmian semarak komuniti 1malaysia & pelancaran unit komunikasi belia rakan it

11 April 2014 | Aktiviti Terkini

Majlis perasmian Semarak Komuniti 1Malaysia dan Pelancaran Unit Komunikasi Belia Rakan IT telah berlangsung di padang SMK Cherang Ruku, Semerak. Majlis yang penuh gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh YB Zawawi Hj Othman (ADUN Semerak) yang dihadiri oleh ribuan pengunjung terdiri dari penduduk parlimen Pasir Puteh, Kelantan...baca selanjutnya

BENGKEL LATIHAN KOMPUTER

27 Januari 2014 | Aktiviti Terkini

PI1M Sungai Petai ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada komuniti setempat. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet dikalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar, Antara latihan yang disediakan ialah Pengenalan Asas kepada Microsoft Office, Internet, E-Mail dan banyak lagi...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti