Bengkel Latihan Komputer

PI1M Sungai Petai ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada komuniti setempat. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet dikalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar selain melahirkan generasi celik IT. Kelas latihan ICT ini diadakan pada setiap bulan dan ianya terbuka kepada semua peringkat umur.

Antara modul latihan yang diajar kepada peserta adalah Pengenalan Asas kepada Microsoft Office, Internet, E-Mail, membuka akaun media sosial seperti Facebook, Twitter, membina laman Blog, Teknik Penulisan Resume, dan banyak lagi yang pastinya berguna terutamanya kepada golongan pelajar.

Penduduk sekitar yang berminat adalah dipelawa untuk mengikuti latihan ini untuk memantapkan lagi pengetahuan ICT. Sila berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia Sungai Petai untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelas latihan komputer.

Antara Kelas Latihan ICT yang telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Sungai Petai. Lihat Jadual.