Kempen Klik Dengan Bijak 2014

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.

Mesej kempen Klik dengan Bijak adalah berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan semua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Dengan adanya kempen ini, diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen Klik dengan Bijak ini, bolehlah menghadirkan diri terus ke Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai atau yang berhampiran dengan anda.
JOM KLIK DENGAN BIJAK!!