Pertandingan Fast Typing Menggunakan Kod Jari

Pada 27 november 2014 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Fast Typing menggunakan Kod Jari. Pertandingan dimulakan pada jam 2.00 petang. Para peserta adalah terbuka kepada semua para peserta dari pelajar sekolah berhampiran.

Dalam pertandingan ini para peserta akan menggunakan aplikasi Fast Typing (Kod jari) secara online. Aktiviti dijalankan dalam bilik latihan PI1M Sungai Petai. Pertandingan ini menguji kemampuan para peserta menaip dengan cepat dan tepat. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran menaip serta memupuk semangat berdaya saing antara peserta. Peserta yang menulis paling laju, tepat dan memperolehi markah yang paling tinggi dinobatkan sebagai pemenang

Tahniah kepada para pemenang iaitu :
1) Atirah Binti Mohd Ashri
2) Nur Aifaa Binti Mohd Ashri
3) Nur Amira Natasha Binti Mohd Ashri

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :