Majlis Perasmian PI1M Sungai Petai

Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh merangkap ADUN Semerak, YB Zawawi Hj Othman telah merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Sungai Petai pada 17 Mei 2014 yang lalu. Bersempena dengan majlis perasmian ini, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Match Quiz, Jigsaw Puzzle, Fast Typing, Crossword, Online Coloring Contest, Fun Corner, Live Streaming, Sukaneka dan banyak lagi.

Majlis perasmian PI1M Sungai Petai ini berkonsepkan Kenduri Kampung yang mana pihak DiGi telah menyumbangkan seekor lembu untuk majlis ini. Bukan sahaja bertujuan mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia Sungai Petai yang baru beroperasi sejak Disember 2013, majlis ini turut berperanan sebagai medium untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara penduduk yang turut bergotong-royong dalam menyiapkan jamuan makan.

Program yang berlangsung penuh meriah ini dihadiri oleh hampir 1000 pengunjung yang terdiri daripada penduduk parlimen Pasir Puteh, Kelantan dan kawasan sekitarnya. Majlis yang bermula dari pukul 9 pagi itu turut dihadiri oleh Tn Hj Mohd Padhli Yusoff, Ketua Pejabat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Kelantan, Ybhg.Zulkifle Bin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, dan Wakil JKKK Sg Petai Cikgu Agil b Awang.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :