Pertandingan Letter Writing sempena Awal Muharram

Pada 28 oktober 2014 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Letter Writing Sempena Awal Muharram. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaaan Sungai Petai.

Aktiviti ini memerlukan para peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word 2010. Menggunakan 10 buah komputer di dalam bilik latihan. Pertandingan ini dapat menguji kemampuan peserta menaip dan dapat meningkatkan kemahiran para peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word 2010 serta memupuk sikap berdaya saing antara peserta.

Pertandingan ini dijalankan dalam bilik latihan PI1M Sungai Petai. Sebelum pertandingan bermula para peserta dberikan taklimat ringkas tentang syarat-syarat pertandingan. Aktiviti dijalankan dalam masa 2 jam. Peserta yang berjaya menulis dengan ayat yang paling menarik dan betul akan dimobatkan sebagai pemenang.

Tahniah kepada para pemenang iaitu :
1) Muhammad Alim
2) Farah Qistina
3) Muhd Shafiet

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :