Pertandingan Kad Raya Online

Pada 12 julai 2014 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan Pertandingan Kad Raya Online. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaaan Sungai Petai.

Dalam pertandingan ini memerlukan peserta menggunakan aplikasi Microsoft Office Publisher 2010 berlangsung di dalam bilik latihan serta melibatkan penggunaan 10 buah komputer. Kebaikan aktviti seperti ini adalah dapat mencungkil kreativiti peserta mereka kad raya dengan idea sendiri. Dapat meningkatkan kemahiran peserta mnggunakan aplikasi Microsoft Publisher 2010 serta memupuk sikap berdaya saing antara peserta

Pelaksanaan aktiviti memerlukan para peserta berkumpul dalam bilik latihan kemudian diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti yang dijalankan. Para peserta diberi masa 1 jam 30 minit untuk menghasilkan kad raya tersebut. Pemenang pula dipilih berpandukan rekaan kad yang paling cantik dan kreatif.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :