INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Dun : Semerak
Parlimen : Pasir Puteh
Daerah : Sungai Petai

Bentuk muka bumi memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan sesuatu sosioekonomi sesebuah kawasan. Begitu juga dengan Kg Sungai Petai yang mempunyai bentuk muka bumi yang berhampiran dengan sungai serta kawasan bergunung. Setiap satu memberikan punca pendapatan kepada penduduk sekitarnya.

Seiring dengan arus permodenan yang dikecapi oleh penduduk setempat banyak mempengaruhi aktiviti-aktiviti pada masa kini. Kebanyakan golongan muda lebih gemar menceburkan diri dalam sektor awam mahupun swasta yang lebih menjamin masa depan mereka. Walaubagaimanapun, masih ramai lagi golongan muda yang menjalankan aktiviti pertanian , perternakan mahupun berniaga sebagai sumber rezeki mereka. Semuanya bergantung kepada minat seseorang dalam melakukan aktiviti yang digemari dan sekaligus mendatangkan hasil yang lumayan kepada mereka dan keluarga

Populasi penduduk mengikut kumpulan umur

AGE GROUPTOTAL
0-49
5-910
10-1435
15-1926
20-243
25-2912
30-346
35-399
40-442
45-496
50-5410
55-597
60-647
65-697
70-743
75+5
JUMLAH KESELURUHAN157 ORANG

Rekreasi & Pelancongan

Antara tempat yang menarik yang berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital Sungai Petai ini adalah Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak yang terletak dalam 200 meter dari Pusat internet 1 Malaysia Sungai Petai. Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan merupakan pangkalan udara yang tercanggih milik TUDM. Pangkalan ini menempatkan Skuadron Penerbangan iaitu No. 11 Squadron Su-30 MKM. Di mana, penduduk kampung sungai Petai dapat menyaksikan jet pejuang Sukhoi berlegaran di ruang udara, terjunan payung terjun dan sebagainya.


Hari Terbuka Pangkalan Udara Gong Kedak

Terdapat pelbagai kedai makan yang berada di sekitar Kampung Sungai Petai. Antara kedai makan yang paling menarik yang terletak kira-kira 10 minit dari Pusat internet 1 Malaysia Sungai Petai ialah Kedai Alemy Maggi Ketam. Keenakan maggi ketam ini adalah pada rasa ketam nipah yang segar dan rasa kuah meggi dengan aroma periuk tanah. Terdapat pelbagai lapisan masyarakat menikmati masakan Alemy Maggi Ketam terutamanya pada musim-musim cuti sekolah dan perayaan.

	1.  Homestay Kg.Pulau Lima 
	    300 meter dari PEDi Sungai Petai
	    Rate : Rm70 Per Day 
	
     	2.  Slz 1nn Bukit Peraksi, Semerak,Pasir Puteh, Kelantan
     	    10 minit dari PEDi Sungai Petai
     	    Rate seperti di bawah :
     	    
Kemudahan Awam
KLINIK KESIHATAN 1 MALAYSIA PULAU LIMA
-Objektif Klinik 1 Malaysia Pulau Lima : Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.
-Masa Operasi : 7 Hari Seminggu (10 Am – 10 Pm)
-Bayaran : -
Warganegara : RM1
Bukan Warganegara : RM15


PERPUSTAKAAN DESA SEMERAK
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah menyediakan pelbagai bahan bacaan, pinjaman buku, perkhidmatan fotostat dan merupakan kawasan kampung tanpa wayar.
Keahlian adalah percuma bagi menggalakkan tabiat membaca dikalangan penduduk setempat. Jmlah ahli semasa bagi perpustakaan ini ialah seramai 99 orang kanak-kanak, 120 orang belia dan 85 orang dewasa menjadikan jumlah ahli berdaftar seramai 304 orang secara keseluruhannya.
Waktu Operasi
o Selasa-Sabtu :8.00 pagi – 5.00 petang
o Ahad, Isnin dan Cuti Umum : Tutup


MASJID MUKIM PULAU LIMA
Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Mat Min b. Jusoh. Masjid ini telah diasaskan oleh Haji Awang b. Salleh. Binaan masjid ini terdapat satu menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.Terdapat juga sisip angin di dinding masjid ini yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.
Masjid ini kerap kali menganjur dan mengadakan majlis ataupun aktiviti-aktiviti yang bercorak keagamaan dan juga kemasyarakatan untuk para jemaah dan para penduduk setempat.


PERTUBUHAN PELADANG BUKIT AWANG
Pendidikan
SMK SUNGAI PETAI :


SEK.KEB SUNGAI PETAI :


TABIKA NURUL HIKMAH (KEMAS) :


KOLEJ VAKASIONAL SG.PETAI PASIR PUTEH : Masih dalam pembinaan
Kisah Kejayaan
Nama : Nor Aini Binti Jaafar

Umur : 51 Tahun
Jantina : Perempuan
Tarafpendidikan :Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan : Berniaga
Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda :
-Dengan bantuan PEDi Sg.Petai , saya telah membuka laman social sendiri (Facebook) dan hasil bimbingan staf PEDi di sini membolehkan saya mengaplikasikan sepenuhnya kemudahan internet.
-Saya mula berjinak-jinak untuk menjalankan perniagaan saya secara atas talian bagi menambah pendapatan bulanan.
-Saya menjalan kan perniagaan online (atastalian) iaitu ‘Bisnes Rose Rose D Pengantin,..iaitu customer boleh menyewa pakej-pakej yang kami sediakan untuk majlis pertunangan ataupun perkahwinan,termasuklah baju pengantin,pelamin,meja makan pengantin & bilik pengantin mengikut citarasa customer sendiri.
-Alhamdulillah setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan ini , saya memperoleh keuntungan dan mendapat pelanggan tiga kali ganda berbanding sebelum ini.
-Pendapatan bulanan saya memcecah anggaran RM10000 sebulan setelah menjalankan perniagaan ini secara atas talian..Alhamdulillah.
-Kejayaan ini adalah hasil dari pada usaha sepenuhnya menggunakan kemudahan internet jalur lebar di Pusat Ekonomi Digital Sg.Petai sejak bulan Januari 2014. Sehingga sekarang.
Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet :
Kemahiran baru yang diperoleh I ini saya gunakan untuk memperbaiki gaya hidup dan pendapatan bulanan saya secara sambilan.

Apakah pandangan pertama anda terhadap PEDi? :
-Kami Sebagai Penduduk Sg Petai Melahirkan Rasa Bangga Apabila Pusat Ekonomi Digital Di Tubuhkan Dalam Kawasan Kampung Kami.
-Bagi saya, Penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Memberikan Banyak Kemudahan Dan Pendedahan Kepada Kami Terhadap Pembelajaran Teknologi Komputer Dan Juga Penggunaan Internet.
Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PEDi?
-Tarikan utama adalah kerana cas penggunaan Internet yang murah berbanding dengan cyber café lain. Malah, ia juga memberikan perkhidmatan kelas computer secara percuma.
-Pi1m Sg Petai Juga Selesa Dan Sesuai Dijadikan Tempat Perbincangan / Mesyuarat Antara Jkkk & Persatuan
Bagaimanakahcara PEDi dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/ kumpulan lain? :
Selain itu,PEDi boleh membantu dalam pelbagai cara seperti mendidik pelbagai golongan untuk mempelajari penggunaan komputer dan internet. Hal ini demikian kerana penggunaan Internet semakin meluas dalam segenap bidang.
Berikan cadangan dan pandangan bagi menambahbaik PEDi? (kemudahan, aktiviti latihan / kursus, promosi dan lain-lain.
 Menyediakan Perkhidmatan pembayaran bil (ASTRO/TENAGA NASIONAL,AIR)
 Peluang Perniagaan (TOP-UP/PREPAID)
 Minuman (PetiMinuman)
Keusahawanan

Nama : Siti Nazirah Bt Zakaria
Alamat : P/S 586,Jalan Sungai Petai,Kg.Gong Chokoh 16800 Pasir Puteh Kelantan
Umur : 26 Tahun
Jantina : Perempuan
TARAF PENDIDIKAN : Diploma Dignostic Radiograhic (KIST)
Pekerjaan : Juru X-ray (KlinikSwasta)

PRODUK YANG DIKELUARKAN:
Dengan bantuan PEDi Sg.Petai ,saya telah membuka laman social sendiri (Facebook) dan hasil bimbingan staf PEDi di sini memboleh kan saya mengaplikasikan sepenuhnya kemudahan internet.
-Saya mula berjinak-jinak untuk menjalankan perniagaan secara atas talian bagi menambah pendapatan bulanan.
-Saya menjalankan perniagaan online (atastalian) iaitu ‘BisnesEmas 916 Online’ secara cash @ ansurans.
-Alhamdulillah setelah beberapa bulan menjalankan perniagaan ini,saya memperoleh kepercayaan dan mendapat penyertaan seramai 350 orang ahli dari seluruhSemenanjung Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.
-Pendapatan bulanan saya mencecah RM3000-RM5000 sebulan setelah menjalankan perniagaan ini ..Alhamdulillah.
-Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha sepenuhnya menggunakan kemudahan internet jalurlebar di Pusat Ekonomi Digital Sg.Petai sejak bulan Januari 2014



LAMAN SOSIAL (FACEBOOK) USAHAWAN




Nama : Mohd Nor Amran Bin Awang
Alamat : Kampung Changgai 16800 Pasir Puteh Kelantan
Umur : 35 Tahun
Jantina : Lelaki
TARAF PENDIDIKAN : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Pekerjaan : Berniaga

PRODUK YANG DIKELUARKAN:
Dengan bantuan PEDi Sg.Petai , saya telah membuka laman social sendiri (Facebook) dan hasil bimbingan staf PEDi di sini membolehkan saya mengaplikasikan sepenuhnya kemudahan internet.
-Saya mula berjinak-jinak untuk menjalankan perniagaan secara atas talian bagi menambah pendapatan bulanan.
-Saya menjalan kan perniagaan online (atastalian) iaitu ‘Bisnes Baju U-Design..iaitu customer boleh memilih baju dan mendesign baju mengikut citarasa customer sendiri.
-Alhamdulillah setelah beberapa bulan menjalankan perniagaan ini , saya memperoleh kepercayaan dan mendapat penyertaan seramai 1000 orang ahli dari seluruh Semenanjung Malaysia.
-Pendapatan bulanan saya memcecah RM2500 sebulan setelah menjalankan perniagaan ini..Alhamdulillah.
-Kejayaan ini adalah hasil dari pada usaha sepenuhnya menggunakan kemudahan internet jalurlebar di Pusat Ekonomi Digital Sg.Petai sejak bulan Januari 2014.
-Sehingga pada bulan Ogos yang lalu saya Berjaya membuka kedai untuk memajukan lag iperniagaan Baju U-Design saya.


LAMAN SOSIAL (FACEBOOK) USAHAWAN




Nama : Nor Atikah Binti Yazid
Alamat : ATIESHA COLLECTION RESOURCES16800 PASIR PUTEH KELANTAN
Umur : 24 Tahun
Jantina : Perempuan
Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling
Pekerjaan : Berniaga

PRODUK YANG DIKELUARKAN:
Dengan bantuan PEDi Sg.Petai , saya telah membuka laman social sendiri (Facebook) dan hasil bimbingan staf PEDi di sini membolehkan saya mengaplikasikan sepenuhnya kemudahan internet
Sebelum menjadi ahli PEDi saya hanya mempromosikan produk-produk kecantikandan kesihatan kepada kawan-kawan dan jiran tetangga di sekeliling rumah sahaja.
Selepas menjadi ahli PEDi saya dapat mempromosikan produk-produk jualan saya dengan lebih meluas dengan menggunakan internet.Di mana saya mempelajari melalui kelas keusahawanan.
Di mana,Saya dapat mempromosikannya di dalamlaman Facebook, Instagram dansebagainya.
Sebelum ini pendapatan saya lebih kurang Rm500 sebulan, namun selepas menggunakan internet pendapatan saya dapat mencecah Rm2000 dan ke atas sebulan.
Alhamdulillah, dengan bantuan Pusat Ekonomi Digital Sungai Petai ianya telah memudahkan saya untuk mencari pelanggan atau follower di dalamfacebok dan Instagram saya.
Malahan melalui capaian internet juga telah memudahkan saya untuk mendapatkan pelbagai info dan maklumat mengenai produk-produk jualan saya.


LAMAN SOSIAL (FACEBOOK) USAHAWAN