Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan beberapa informasi penduduk setempat, pada zaman dahulu terdapat sebuah jambatan kecil yang menghubungkan dua buah kampung iaitu Kampung Gong Chokah dan Kampung Sungai Petai (kini). Di mana terdapat beberapa batang pokok petai yang tumbuh dan berbuah lebat di seberang sungai tersebut. Sekiranya penduduk ingin ke kampung sebelah, pokok-pokok petai di seberang sungai itu dijadikan tanda utama kampung tersebut. Sejak daripada itu, kampung seberang sungai tersebut dikenali sebagai Kampung Sungai Petai.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


‘BEAUTY & SMART’ BERSAMA MARY KAY

Aktiviti Terkini | 27 Disember 2019

Tujuan program ini diadakan bagi memupuk semangat para remaja untuk menyertai setiap program yang diadakan oleh mana mana Pusat Internet seluruh Malaysia. Selain itu, ia dapat memupuk minat remaja dan juga komuniti untuk menjadi wanita yang cantik dan berkejaya....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK GAAL

Aktiviti Terkini | 06 November 2019

Program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar keselamatan semasa mengendalikan internet dan pelajar didedahkan dengan pelbagai topik seperti online banking, buli siber, sexting dan bagaimana cara untuk mengatasi sekiranya mengalami masalah berikut.....baca selanjutnya

PROGRAM TAUTAN KASIH SMK CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2019

Program ini bertujuan untuk menjalankan satu satu aktiviti bagi pelajar-pelajar PDK seramaai 40 orang beserta guru. Belajar beraktiviti sambil berfikir untuk menghasilkan satu idea mengikut bahan yang diberikan. Pelajar-pelajar diberi satu keping kertas yang bercorak ikan dan akan menampalkan manik di atas kertas bagi menghidupkan gambar ikan tersebut. Permainan kedua adalah mengenal emosi dan lakonkan mengikut emosi yang diberi....baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA BERTEMAKAN SAYANGI MALAYSIAKU

Aktiviti Terkini | 15 September 2019

Sebagai salah satu program yang diadakan untuk menyemarakkan hari kemerdekaan sempena sambutan penutup bulan kemerdekaan 2019...baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH SK KG SEPULAU

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2019

Pelajar diagihkan tempat dan diberi sedikit penerangan mengenai program ini. Masa yang diberikan selama satu jam sahaja untuk disiapkan. Guru-guru turut memantau pelajar-pelajar bagi memudahkan urusan sepanjang program berlangsung....baca selanjutnya

PROGRAM SEMINAR USAHAWAN ONLINE BERSAMA KAKITANGAN PDK GAAL

Aktiviti Terkini | 01 Ogos 2019

Program ini mendedahkan warga PDK untuk lebih mengetahui cara jana pendapatan dengan cepat....baca selanjutnya

PROGRAM JOM CANTIK BERSAMA MARY KAY

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Pusat Internet Sungai Petai telah menganjurkan Kelas Keusahawanan iaitu Kelas kecantikan Produk Mary Kay. Tujuan program ini diadakan bagi memupuk semangat para remaja untuk menyertai setiap program yang diadakan di mana mana Pusat Internet seluruh Malaysia. Selain itu, ia dapat memupuk minat remaja dan juga komuniti untuk menjadi wanita yang cantik dan berkejaya....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2019

Jamuan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada semua ahli berkongsi kegembiraan suasana hari raya dalam semua peringkat....baca selanjutnya

PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2019

Program ini bertujuan menjalankan aktiviti bagi pelajar-pelajar PDK seramai 25 orang. Belajar beraktiviti sambil berfikir untuk menghasilkan satu idea mengikut bahan yang diberikan. Pelajar-pelajar diberi satu set batang asikrim dan diolah oleh mereka mengikut idea tersendiri....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 24 April 2019

Program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar keselamatan semasa mengendalikan internet. Pelajar didedahkan dengan pelbagai topik seperti online banking, buli siber, sexting dan bagaimana cara untuk mengatasi sekiranya mengalami masalah berikut....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK PADANG PAK AMAT

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2019

Program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar keselamatan semasa mengendalikan internet....baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA USAHAWAN HENNA

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019

Program ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada staff Pusat Internet dan komuniti Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK SUNGAI PETAI

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2019

Program ini dianjurkan oleh PI Cherang Ruku, PI Sg Petai dan PI Tok Janggut yang melibatkan seramai 500 orang pelajar termasuk guru-guru....baca selanjutnya

Program Melukis Mural Pencegahan Dadah

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2019

Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan, ibu bapa dan penduduk Sg Petai agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah terutama di kawasan pendalaman yang terkenal dengan kawasan hitam gejala dadah ini....baca selanjutnya

Program TTT Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus / Penolong Pengurus

Aktiviti Terkini | 25–26 Januari 2019

Menyampaikan amanat yang disampaikan oleh pihak MCMC kepada ahli cluster Pasir Puteh ....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti