Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan beberapa informasi penduduk setempat, pada zaman dahulu terdapat sebuah jambatan kecil yang menghubungkan dua buah kampung iaitu Kampung Gong Chokah dan Kampung Sungai Petai (kini). Di mana terdapat beberapa batang pokok petai yang tumbuh dan berbuah lebat di seberang sungai tersebut. Sekiranya penduduk ingin ke kampung sebelah, pokok-pokok petai di seberang sungai itu dijadikan tanda utama kampung tersebut. Sejak daripada itu, kampung seberang sungai tersebut dikenali sebagai Kampung Sungai Petai.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


SEMBANG SANTAI BERSAMA USAHAWAN PUSAT INTERNET SG PETAI DI HAPPY BUNDLE TOK BALI PASIR PUTEH KELANTAN.

Aktiviti Terkini | 5 Disember 2020

Memperkenalkan usahawan – usahawan dalam melariskan jualan mereka ke Arah yang kebih efisyen. ...baca selanjutnya

PROGRAM SHOPPEE BERSAMA AGENT COWAY

Aktiviti Terkini | 8 November 2020

Memberi pendedahan ilmu yang lebih efektif dengan cara yang lebih cepat dan mudah. ...baca selanjutnya

‘PROGAM MEWARNA ONLINE BERSAMA TADIKA SRI PERMATA‘

Aktiviti Terkini | 1 November 2020

Pusat Internet Sungai Petai gabungan bersama Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan 2019 bersama dengan pelajar dan guru Tadika...baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2020

Bertujuan berkongsi ilmu kepada usahawan – usahawan dalam melariskan jualan mereka ke Arah yang kebih efisyen. ...baca selanjutnya

PROGRAM SHOPEE BERSAMA KUMPULAN USAHAWANITA SABUN HOME MADE

Aktiviti Terkini | 18 September 2020

Program ini gabungan tiga tenaga pengajar dari staf PI Kok Lanas, PI Sg Petai, PI Tok Janggut dan PI Cherang Ruku...baca selanjutnya

PROGRAM SEMINAR GOOGLE FORM & QR CODE GENERATOR BERSAMA USAHAWAN ‘RIDER’ KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2020

Apabila scan QR Code ini, mereka dapat mengakses ke bahan media tanpa perlu key in alamat laman web yang panjang...baca selanjutnya

“PROGRAM TEMUDUGA KEMASUKAN PELAJAR COSMOPOINT”

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2020

Menemuduga sesetangah pelajar yang telah disenarai pendekkan untuk mengetahui latar belakang kehidupan....baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN BERSAMA EMPOWER ECER KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 4 Julai 2020

Program ini gabungan tiga tenaga pengajar dari staf PI Kok Lanas, PI Sg Petai, PI Tok Janggut dan PI Cherang Ruku...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

“TEMUDUGA PENOLONG PENGURUS PUSAT INTERNET CHERANG RUKU & TOK JANGGUT”

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2020

Mencari calon yang berbakat dalam bidang teknologi semasa serta berkemahiran mengendalikan PI dengan baik...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TOK JANGGUT

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2020

Pelajar didedahkan dengan pelbagai topik seperti online banking, buli siber, sexting,oversharing, game online dan bagaimana cara untuk mengatasi sekiranya mengalami masalah berikut....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti