Majlis Perasmian Semarak Komuniti 1Malaysia & Pelancaran Unit Komunikasi Belia Rakan IT

Majlis perasmian Semarak Komuniti 1Malaysia dan Pelancaran Unit Komunikasi Belia Rakan IT telah berlangsung pada 11 April 2014 di padang SMK Cherang Ruku, Semerak. Majlis yang penuh gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh YB Zawawi Hj Othman (ADUN Semerak) yang dihadiri oleh ribuan pengunjung terdiri dari penduduk parlimen Pasir Puteh, Kelantan

Pelbagai pengisian yang melibatkan pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan program iaitu melibatkan pameran daripada agensi kerajaan dan swasta, persembahan PENTARAMA, Persembahan Dikir Barat dan penampilan istimewa artis jemputan.

Ketibaan YB Dato' diiringi dengan konvoi daripada Kelab Motor Klasik Negeri Kelantan dan Persembahan Silat Selamat Datang oleh ahli-ahli Unit Komunikasi Belia Rakan IT Daerah Pasir Puteh.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :