Pertandingan Mencipta Poster “ Pray For Pantai Timur”

Pada 27 disember 2014 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan mencipta poster "Pray for Pantai Timur". Para peserta adalah terdiri daripada pelajar dari sekolah berhampiran.

Dalam pertandingan ini para peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word 2010. Berlangsung didalam bilik latihan PI1M Sungai Petai yang melibatkan penggunaan 10 komputer. Kebaikan pertandingan seperti ini adalah dapat menguji kreativiti dan meningkatkan kemahiran para peserta dalam mencipta poster menggunakan aplikasi Microsoft Office Word 2010

Sebelum memulakan pertandingan, para peserta perlu berkumpul untuk sesi taklimat ringkas mengenai syarat-syarat & keterangan pertandingan. Aktiviti ini dijalankan selama 2 jam. Peserta yang melakar poster dengan cantik, kreatif dan memperolehi markah yang paling tinggi dinobatkan sebagai pemenang.

Tahniah kepada para pemenang iaitu :
1) Nur Amira Natasha Bt Ashri
2) Mohd Haniff Aizat Bin Zulkifli
3) Siti Nurain Bt Agos

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :