Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Berdasarkan beberapa informasi penduduk setempat, pada zaman dahulu terdapat sebuah jambatan kecil yang menghubungkan dua buah kampung iaitu Kampung Gong Chokah dan Kampung Sungai Petai (kini). Di mana terdapat beberapa batang pokok petai yang tumbuh dan berbuah lebat di seberang sungai tersebut. Sekiranya penduduk ingin ke kampung sebelah, pokok-pokok petai di seberang sungai itu dijadikan tanda utama kampung tersebut. Sejak daripada itu, kampung seberang sungai tersebut dikenali sebagai Kampung Sungai Petai.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022'FAST TYPING’ SEMPENA TAHUN BARU
Aktiviti Terkini | 24 Disember 2017Pertandingan Fast Typing ini diadakan khusus untuk pelajar sekolah menengah. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para peserta menggunakan dalam Microsoft Office Word 2010 serta menguji kecekapan para peserta dalam kemahiran menaip....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH
Aktiviti Terkini | 16 November 2017Pertandingan Mewarna Pra Sekolah adalah bertujuan untuk memupukkan semangat bersaing dalam kalangan kanak-kanak . Selain Itu, ianya juga dapat meningkatkan daya pemikiran yang kreatif serta mampu mengembangkan perkembangan fizikal yang sihat,emosi dan sosial dalam kalangan pelajar....baca selanjutnya
CHEF CILIK KREATIF
Aktiviti Terkini | 31 Oktober 2017Chef Cilik Kreatif adalah bertujuan untuk memperkenalkan cara penggunaan internet dalam mencari bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar. Selain Itu, ianya juga dapat meningkatkan daya pemikiran yang kreatif serta mampu mengembangkan perkembangan fizikal yang sihat,emosi dan sosial dalam kalangan pelajar....baca selanjutnya
FAST TYPING SEMPENA HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 15 September 2017Pertandingan ini menguji kemampuan peserta menaip dan meningkatkan kemahiran para peserta dengan menggunakan Microsoft Office Word 2010....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2017Pertandingan ini dapat memupukkan semangat kemerdekaan dalam kalangan kanak-kanak dan memupuk sikap berdaya saing antara peserta...baca selanjutnya
Majlis Sambutan Hari Raya
Aktiviti Terkini | 08 Julai 2017Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan sifat bekerjasama dalam kalangan ahli dan memberi ruang kepada semua ahli berkongsi kegembiraan suasana hari raya dalam semua peringkat....baca selanjutnya
TUTORIAL SHAWL AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2017Aktiviti ini dapat memberi pendedahan tentang cara-cara penggayaan tudung dengan melihat tutorial dan belajar melalui Youtube...baca selanjutnya
PROGRAM EKSPRESI NEGARAKU
Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017Aktiviti-aktiviti interaktif disediakan dengan matlamat untuk memupuk semangat patriotisme, kebanggaan, kecintaan & memberi inspirasi kepada rakyat. Ekspresi negaraku menyediakan platform untuk mengenengahkan kisah-kisah kejayaan & sumbangan individu, komuniti & organisasi yang telah mencipta nama untuk malaysia....baca selanjutnya
'Public Speaking & High Impact Presentation Training'
Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya
MENYATU MENGHUBUNG PASIR PUTEH ANJURAN MCMC DI SK GONG MANAK
Aktiviti Terkini | 21 - 22 April 2017Program ini memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia Cherang Ruku kepada penduduk sekitar dan memberi penerangan kelebihan yang ada di PI1M Cherang Ruku...baca selanjutnya
‘CREATIVITY OF POWERPOINT’
Aktiviti Terkini | 31 Mac 2017Aktiviti ini dapat menguji kemampuan peserta berfikir dan memupuk sikap berdaya saing antara peserta...baca selanjutnya
CARA MEMBUAT RESUME UNTUK LEPASAN SPM
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2017Cara membuat resume ini dapat membantu mereka yang ingin mencari kerja selepas tamat peperiksaan SPM kelak...baca selanjutnya
PERTANDINGAN TEKA LOGO ‘DIGI CYBERSAFE’
Aktiviti Terkini | 13 Januari 2017Pertandingan ini dapat menguji kemampuan peserta berfikir peserta dan memupuk sikap berdaya saing antara peserta... baca selanjutnya