Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan beberapa informasi penduduk setempat, pada zaman dahulu terdapat sebuah jambatan kecil yang menghubungkan dua buah kampung iaitu Kampung Gong Chokah dan Kampung Sungai Petai (kini). Di mana terdapat beberapa batang pokok petai yang tumbuh dan berbuah lebat di seberang sungai tersebut. Sekiranya penduduk ingin ke kampung sebelah, pokok-pokok petai di seberang sungai itu dijadikan tanda utama kampung tersebut. Sejak daripada itu, kampung seberang sungai tersebut dikenali sebagai Kampung Sungai Petai.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM KAUNTER BERGERAK SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) GABUNGAN BERSAMA PEDI TOK JANGGUT,PEDI SG PETAI & PEDI CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2021

Program ini berlangsung dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan dikala Negara kita masih lagi dilanda wabak covid19. Majlis bermula pada pukul 10.00 Am. Program ini berlangsung di PEDI Tok Janggut gabungan bersama PEDI Sg Petai & PEDI Cherang Ruku....baca selanjutnya

FB LIVE : KESELAMATAN KETIKA BANJIR TETAMU JEMPUTAN : TUAN MOHD ZAMRI BIN ABDUL GHANI ( KETUA BALAI BOMBA DAERAH BENTONG )

Aktiviti Terkini | 24 November 2021

Sembang santai ini dilakukan secara maya dikala Negara kita masih lagi dilanda wabak covid19. Majlis bermula pada pukul 10.00 Am sehingga 11.02Am. Majlis ini diadakan secara atas talian iaitu di FB Page ‘Pusat Internet Komuniti Manek Urai....baca selanjutnya

FB LIVE : SEMBANG SANTAI,KENALI UBAT ANDA BERSAMA PEGAWAI FARMASI JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN IAITU PUAN NUR HAIDA MUHAMAD

Aktiviti Terkini | 7 Oktober 2021

Sembang santai ini dilakukan secara maya dikala Negara kita masih lagi dilanda wabak covid19, Majlis bermula pada pukul 9.30 Am sehingga 10.42Am & Majlis ini diadakan secara atas talian iaitu di FB Page ‘Pusat Internet Komuniti Chuhuh Puteri...baca selanjutnya

FB LIVE : SAMBUTAN HARI MALAYSIA PUSAT INTERNET KOMUNITI KLUSTER BESUT DAN PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 18 September 2021

Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Pusat Internet Antara Pusat Internet Yang Terlibat Ialah: Pik Sungai Petai,Pik Cherang Ruku,Pik Kg Baharu.Majlis Sambutan Kemerdekaan ke 64 ini diadakan secara maya dikala Negara kita masih lagi dilanda wabak covid19.Majlis bermula pada pukul 11.00 Am sehingga 12.05Pm.Majlis ini diadakan secara atas talian iaitu di FB Page ‘Pusat Internet Komuniti Cherang Ruku....baca selanjutnya

FB LIVE : SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64 PUSAT INTERNET KOMUNITI KLUSTER BESUT DAN PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021

Majlis sambutan kemerdekaan ke-64 peringkat pusat internet kluster pasir puteh & besut, antara pusat internet yang terlibat ialah: Pik sungai petai/Pik cherang ruku/Pik tok janggut/Pik felda tenang/Pik kg baharu/Pik tasik mengkuang, majlis sambutan kemerdekaan ke 64 ini diadakan secara maya dikala negara kita masih lagi dilanda wabak covid19. majlis bermula pada pukul 12.45pm sehingga 1.57pm,majlis sambutan kemerdekaan ke 64 ini diadakan secara maya iaitu di fb page ‘pusat internet komuniti sungai petai’...baca selanjutnya

VIDEO PENGISIAN ICT : TAWARAN KHAS JARINGAN PRIHATIN DIGI

Aktiviti Terkini | 3 Julai 2021

Memberi penerangan mengenai Pakej Jaringan Prihatin Digi yang disediakan oleh kerajaan....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI MENGENAI PEMBELIAN ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2021

Live : kebaikan & keburukan pembelian atas talian & live serentak bersama pik kg baharu dan juga pik tok janggut...baca selanjutnya

TOTURIAL BAYAR ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE (CIMB CLICK)

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2021

Video Membuat Pembayaran Online Untuk Bayaran Zakat Fitrah...baca selanjutnya

TOTURIAL MENUKARKAN POWERPOINT KEPADA VIDEO

Aktiviti Terkini | 15 April 2021

Video Menukarkan Powerpoint Kepada Video...baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) TOTURIAL MEMOHON SEMULA SALINAN SIJIL PMR, SPM YANG TELAH HILANG

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2021

Video toturial memohon semula salinan sijil pmr, spm yang telah hilang...baca selanjutnya

TUTORIAL MEMBUAT RESUME KEMAS & TERSUSUN MENGGUNAKAN POWER POINT

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2021

Video Tutorial cara membuat resume yang lebih kemas dan tersusun menggunakan powerpoint...baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) TUTORIAL CARA MENUKAR FILE WORD TO PDF!

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

Video Tutorial cara menukar file WORD To PDF!...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti