FB LIVE : SEMBANG SANTAI,KENALI UBAT ANDA BERSAMA PEGAWAI FARMASI JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN IAITU PUAN NUR HAIDA MUHAMAD

Aktiviti terkini |7 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Secara Atas Talian iaitu Di FB Page ‘Pusat Internet Komuniti Chuhuh Puteri’

Tujuan :
• Meningkatkan kesedaran pengguna dalam penggunaan ubat secara rasional
• Menyediakan pengguna dengan maklumat yang berkaitan kesihatan dan ubat melalui pelbagai isu
• Memastikan pengguna mengetahui ubat yang diambil, apa yang sepatut dan tidak patut diambil dan sebabnya
• Meningkatkan pelaporan kesan sampingan ubat melalui pendidikan pesakit
• Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan ubat oleh ibu mengandung, ibu yang menyusu anak-anak dan kanak-kanak
• Membantu warga emas dalam penggunaan ubat

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aturcara Sembang Santai ‘Kenali Ubat Anda’:
• Ucapan pendahuluan & pengenalan oleh Pengerusi Majlis
• Pengenalan diri oleh Puan Nur Haida Muhamad
• Sesi Q & A daripada staff Pik kepada Puan Nur Haida
• Apa Itu Ubat & Apa Hak Kita Sebagai Pengguna Ubat?
• Puan Terangkan Amalan-Amalan 5b
• Apa Itu Ubat Berdaftar Dan Ciri-Cirinya
• Berdasarkan Pengalaman Puan, Organ Yang Manakah Paling Banyak Terkesan Dari Pengambilan Ubatan Tidak Berdaftar Dalam Jangka Masa Yang Lama
• Apa Pendapat Puan Tentang Alternative Wujudnya Ubatan Tradisional Dan Ada Pesakit Menolak Ubatan Hospital Yang Berdaftar
• Apa Pendapat Puan Tentang Wujudnya Pelbagai Jenis Ubat Di Pasaran Yang Dijual Oleh Peniaga Tanpa Kelulusan Dan Kenapa Ada Sesetengah Pembekal Tidak Mendaftar Ubatan Mereka
• Apa Yang Puan Boleh Terangkan Tentang Ubat Ivermectin Yang Disebarkan Sekarang . Samada Iainya Sebagai Alternative Atau Sebagai Racun Yang Membunuh Dalam Diam Untuk Pesakit Covid19
• Apa Komen Puan Tentang Mitos Ubatan. Benda Ni Boleh Mempengaruhi Atau Meracun Fikiran Pesakit Itu Sendiri Selepas Disebarkan
• Pada Pendapat Puan, Kenapa Kurang Kesedaran Tentang Ubatan?Dimanakah Kita Nak Dapatkan Maklumat Yang Betul Tentang Sesuatu Ubatan Itu
• Nasihat Puan Untuk Mereka Yang Ada Atau Pernah Mengambil Ubatan Tidak Berdaftar

Kelebihan Aktiviti :
• Kebaikan Sembang santai ini adalah bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat Malaysia tentang kepentingan penggunaan ubat secara berkualiti.
• Bagi memastikan proses penyebaran maklumat dan pendidikan pengguna ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan meluas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :