PROGRAM KAUNTER BERGERAK SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) GABUNGAN BERSAMA PEDI TOK JANGGUT,PEDI SG PETAI & PEDI CHERANG RUKU

Aktiviti terkini |13 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Program ini berlangsung di PEDI Tok Janggut gabungan bersama PEDI Sg Petai & PEDI Cherang Ruku

Tujuan :
• Berkuatkuasa pada 4 Februari 2021, Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran.
• Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran ini habis digunakan.
• Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM ini ditambahbaik bagi membantu lebih ramai golongan usahawan Kumpulan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.
• SPPP ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan.
• Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aturcara Proram (SPPP)
• Ketibaan peserta & Pegawai SSM PADA JAM 10.00Am
• Pendaftaran SPPP berlangsung dari jam 10.15Am sehingga 1.45Pm
• Tea Break kepada Staff PEDI & Pegawai SSM
• Majlis Bersurai 2.00APm

Kelebihan Aktiviti :
• Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai peringkat sejak Mac tahun lalu sehingga kini menyebabkan ramai individu hilang pekerjaan.
• Keadaan ini telah mendorong kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan pelan pemulihan ekonomi dalam membantu meringankan beban rakyat dan sektor peniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sejak tahun lalu.
• Prihatin dengan nasib rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengambil langkah ke hadapan bagi menyokong usaha dan inisiatif kerajaan untuk memudah cara rakyat yang terkesan menceburi bidang perniagaan.
• SPPP diperkenalkan sebagai sokongan dan galakan kepada masyarakat khususnya golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan bagi menjana sumber pendapatan alternatif kepada penggajian terutamanya apabila hilang pekerjaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :