‘BEAUTY & SMART’ BERSAMA MARY KAY

Aktiviti terkini | 27 Disember 2019

Tempat Aktiviti:
Beauty Spa Mary Kay

Tujuan :
Tujuan program ini diadakan bagi memupuk semangat para remaja untuk menyertai setiap program yang diadakan oleh mana mana Pusat Internet seluruh Malaysia. Selain itu, ia dapat memupuk minat remaja dan juga komuniti untuk menjadi wanita yang cantik dan berkejaya.

Kelebihan Aktiviti :
Program ini diadakan bersama dengan komuniti PI Sungai Petai bagi menarik ramai lagi para remaja belia dan komuniti untuk menyertai program ini. Program ini bermula dengan pendaftaran para peserta pada pukul 2 petang dan seterusnya ucapan kata alu aluan daripada staff PI Sungai Petai untuk menerangkan berkenaan program yang diadakan. Setelah itu, kelas dimulai dengan penerangan produk daripada Nornajihah selaku agen kecantikan produk mary kay. Kelas diadakan bagi menerangkan cara pemakaian produk serta belajar solekan yang betul dengan produk Mary Kay. Kelas atau program tamat pada pukul 5.00 petang dan disertai dengan jamuan ringan untuk semua komuniti yang hadir. Melalui program ini, peserta sangat berpuas hati dan berharap dapat mengikuti kelas seperti ini kerana ia dapat meningkatkan keyakinan dri untuk menjadi seorang wanita yang cantik dan sihat. Para peserta turut saling mengenali dan mengeratkan hubungan yang baik antara satu sama lain melalui program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :