Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan beberapa informasi penduduk setempat, pada zaman dahulu terdapat sebuah jambatan kecil yang menghubungkan dua buah kampung iaitu Kampung Gong Chokah dan Kampung Sungai Petai (kini). Di mana terdapat beberapa batang pokok petai yang tumbuh dan berbuah lebat di seberang sungai tersebut. Sekiranya penduduk ingin ke kampung sebelah, pokok-pokok petai di seberang sungai itu dijadikan tanda utama kampung tersebut. Sejak daripada itu, kampung seberang sungai tersebut dikenali sebagai Kampung Sungai Petai.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


BICARA : HALATUJU SELEPAS SPM

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2022

Sesi LIVE bertajuk : Bicara Halatuju Selepas SPM ...baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2022

Pedi Sg Petai & PEDI Cherang Ruku telah membuat Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama komuniti dan Staff PEDi...baca selanjutnya

PROMOSI INTERNET DIGI : JUARA INTERNET SINARANKU RAMADAN (PREPAID & POSTPAID SAHUR DATA PASS)

Aktiviti Terkini | 10 April 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Sungai Petai Berkongsi tentang Pakej Internet DIGI sempena Ramadan 2022 ini...baca selanjutnya

PROGRAM : KELAS ASAS BERNIAGA DI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Program KELAS ASAS BERNIAGA DI SHOPEE ini adalah gabungan bersama PEDI sekitar pasir puteh...baca selanjutnya

FB LIVE: SEMBANG SANTAI KLIK DENGAN BIJAK YANG BERTAJUK ‘INTERNET DALAM KEHIDUPAN’

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2022

Program Sembang Santai Klik Dengan Bijak yang bertajuk ‘Internet Dalam Kehidupan’...baca selanjutnya

FB LIVE: KLIK DENGAN BIJAK YANG BERTAJUK OVERSHARING

Aktiviti Terkini | 9 Januari 2022

Program Klik Dengan Bijak yang bertajuk ‘OVERSHARING’...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti