SILANG KATA & PUZZLE SEMPENA BULAN MERDEKA

Pada 29 ogos 2015 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Silang Kata & Puzzle Sempena Bulan Merdeka. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar dari sekolah sekitar.

Dalam pertandingan ini para peserta menggunakan internet. Berlangsung didalam bilik latihan PI1M Sungai Petai yang melibatkan penggunaan 10 komputer.

Pertandingan ini menguji minda dan meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai bulan Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos pada setiap tahun serta meningkatkan kemahiran para peserta dalam menggunakan capaian internet dalam mencari sesuatu maklumat.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :