PERTANDINGAN TUTOR UPSR

Pada 29 mei 2016 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Tutor UPSR. Pertandingan ini menggunakan Tutor TV UPSR Astro. Berlangsung di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai dan melibatkan penggunaan 10 buah komputer. Peserta berkumpul di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai. Peserta diberi taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang dijalankan. Pertandingan bermula apabila mereka diberikan tempoh masa yang ditetapkan dan aktiviti ini mengambil masa 3 jam. Peserta yang menyiapkan soalan paling cepat, dan memperolehi markah yang paling tinggi dinobatkan sebagai pemenang.

Antara kebaikan pertandingan ini kepada peserta ialah menguji kemampuan peserta menjawab soalan-soalan UPSR. Meningkatkan pengetahuan peserta dalam mengulangkaji subjek UPSR dan memupuk sikap berdaya saing antara peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :