Pertandingan Letter Writting

Pada 26 mac 2016 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan Pertandingan Letter Writting. Dalam pertandingan ini peserta menggunakan Microsoft Office Word 2010. Berlangsung di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai dan melibatkan penggunaan 10 buah komputer.

Kebaikan aktiviti seperti ini dapat menguji kemampuan peserta menaip. Meningkatkan kemahiran para peserta menggunakan Microsoft Office Word 2010 dan memupuk sikap berdaya saing antara peserta.

Peserta berkumpul di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai. Peserta diberi taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang dijalankan. Pertandingan bermula apabila mereka diberikan tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mengambil masa 2 jam. Peserta yang menulis paling laju, tepat dan memperolehi markah yang paling tinggi dinobatkan sebagai pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :

Kembali