MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PI1M SG.PETAI

Pada 31 Julai 2016 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PI1M Sg.Petai. Majlis ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan erat sesama ahli dalam komuniti & kakitangan PI1M. Meraikan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh ahli beragama Islam. Mengeratkan silaturrahim dan sifat bekerjasama dalam kalangan ahli dan memberi ruang kepada semua ahli berkongsi kegembiraan suasana hari raya dalam semua peringkat.

Tetamu datang & berkumpul di Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai 12.00 PM. Tetamu menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh kakitangan PI1M Sg.Petai. Pengguna yang menggunakan perkhidmatan Pi1m pada hari itu juga berkesempatan menjamu selera. Peserta bergotong-royong membersihkan Pi1m Sg.Petai dan tetamu bersurai pada jam 5.00.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :