Kuiz Ramadhan Kareem

Pada 26 jun 2015 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Kuiz Ramadhan Kareem. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar dari sekolah sekitar.

Dalam pertandingan ini para peserta menggunakan internet. Berlangsung didalam bilik latihan PI1M Sungai Petai yang melibatkan penggunaan 10 komputer. Kebaikan pertandingan seperti ini adalah dapat menguji minda dan meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai bulan Ramadhan Al-Mubarak dan meningkatkan kemahiran para peserta dalam menggunakan capaian internet dalam mencari sesuatu maklumat.

Pertandingan bermula apabila mereka diberikan tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mengambil masa 2 jam. Peserta yang dapat menyelesaikan semua soalan-soalan tersebut akan diberikan hadiah yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :