Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada 31 julai 2015 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini adalah untuk menjalinkan hubungan erat sesama ahli dalam komuniti & kakitangan PI1M serta meraikan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh ahli beragama Islam.

Tetamu-tetamu yang hadir adalah dari kalangan penduduk kampung, pelajar Sekolah Menengah, JKKK kampung dan pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Petai. Tetamu VIP adalah Ketua serta AJK JKKK Kampung Sungai Petai dan Encik Mohamad bin Yusof. Menu Jamuan adalah bihun sup, biskut raya, ketupat, tapai, kek dan air.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :