Jingsaw Puzzle Online

Pada 23 januari 2015 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Jingsaw Puzzle Online. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar dari sekolah berhampiran.

Dalam pertandingan ini para peserta menggunakan internet. Berlangsung didalam bilik latihan PI1M Sungai Petai yang melibatkan penggunaan 10 komputer. Kebaikan pertandingan seperti ini adalah dapat menguji kepantasan para peserta dalam mencantum puzzle, meningkatkan kemahiran para peserta dalam menggunakan komputer dan memupuk sikap berdaya saing antara peserta.

Sebelum memulakan pertandingan, peserta perlu berkumpul di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai. Peserta diberikan taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang dijalankan. Pertandingan bermula apabila mereka diberikan tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mengambil masa 2 jam. Peserta yang paling pantas mencantumkan puzzle dinobatkan sebagai pemenang.

Tahniah kepada para pemenang iaitu :
1) Nik Nadiyani Bt Nik Asmadi
2) Nor Izzah Fatini Bt Sokri
3) Nur Amira Natasha Bt Mohd Ashri

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :