Pertandingan Mencipta E-Mail

Pada 27 februari 2015 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Mencipta E-mail. Pertandingan bermula pada jam 3.00 petang. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar dari sekolah sekitar.

Dalam pertandingan ini para peserta menggunakan internet. Berlangsung didalam bilik latihan PI1M Sungai Petai yang melibatkan penggunaan 10 komputer. Kebaikan pertandingan seperti ini adalah mendedahkan cara penggunaan Emel, memuat naik fail dan cara penghantaran emel, meningkatkan kemahiran para peserta dalam menggunakan komputer ICT dan memupuk sikap berdaya saing antara peserta

Sebelum memulakan pertandingan, peserta perlu berkumpul di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai. Peserta diberikan taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang dijalankan. Pertandingan bermula apabila mereka diberikan tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mengambil masa 2 jam. Peserta yang paling pantas dalam menghantarkan fail ke emel admin dinobatkan sebagai pemenang.

Tahniah kepada para pemenang iaitu :
1) Wan Nor Syahirah Bt Wan Azaha
2) Nor Ashikin Bt Mohd Rozman
3) Atirah Bt Mohd Ashri

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :